Sunday, 21 September 2014

Projek Dalam Bilik Air : Akhirnya Tasha Shilla Bersuara

Boleh tahan 'panas' dakwaan kru produksi yang mengatakan pelakon Tasha Shila membuat perkara sumbang dengan kekasihnya, Han, sewaktu penggambaran sebuah drama bersiri di dalam bilik air, baru-baru ini.



Kelakuan itu dikatakan mengundang rasa rimas dan menggambarkan pasangan tersebut tidak sensitif dengan persekitaran.

Namun, Tasha menyangkal dakwaan itu menerusi Harian Metro. Menurut Tasha, ini bukan kali pertama dia dilemparkan tuduhan sedemikian rupa.

“Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!.

“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja? Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan,” kata Tasha.


Selain itu, Tasha juga meluahkan rasa kesalnya terhadap fitnah itu kerana baginya, kru produksi drama berkenaan bagaikan sebuah keluarga baginya.

Tak tahu lah siapa yang berkata benar... Rasanya, inilah salah satu fungsi perkahwinan, untuk mengelakkan fitnah seperti ini

No comments:

Post a Comment