Friday, 5 September 2014

FAKTA : Tonton File Michael Bay, Buat Anda Gemuk?

Untuk berlaku adil, kajian yang dilakukan oleh Cornell University ini bukan eksklusif untuk filem Michael Bay sahaja namun ianya mahu menunjukkan bagaimana mudahnya kita semua untuk tenggelam dalam filem aksi yang pantas dan lasak, seperti filem Michael Bay.

Menggunakan filem The Island yang diterbitkan pada tahun 2005 lalu, penyelidik di Cornell University menemui kesimpulan yang filem aksi lebih senang membuatkan penonton ‘gemuk’ berbanding genre lain.

Pasukan penyelidik meneliti data ketika pelajar kolej menonton beberapa program dan filem berserta tabiat pemakanan ketika menonton. Ketika menonton filem The Island, pelajar makan 98% lebih M&M, biskut, lobak dan anggur berbanding pelajar yang menonton program temubual Charlie Rose. Walaupun filem aksi itu tanpa audio, angka menunjukkan pelajar akan makan lebih 48%.

Penyelidik percaya perkara ini berlaku kerana potongan visual & audio yang pantas mengalih perhatian para penonton dari menyedari yang mereka sebenarnya sudah kenyang. Tidak kira apa pun makanan yang dihidangkan di hadapan mereka, pelajar terus menjamah ketika menonton filem aksi.

Namun, ianya boleh jadi berbeza jika Michael Bay mula menerbitkan filem penuh seni dan perlahan.

Sumber : Slash Film / Cornell University

No comments:

Post a Comment