Saturday, 6 September 2014

Kelajuan Internet Yang Tinggi Tidak Selari Dengan Syariat : Ulama Iran

Seorang ulama terkemuka di Iran, Grand Ayatollah Nasser Makarem Shirazi berkata perkhidmatan mudah alih 3G adalah menyalahi undang-undang syariah dan melanggar norma dan moral manusia.



Beliau mengingatkan kementerian maklumat Iran yang menyediakan khidmat internet mudah alih 3G supaya menyucikan perkhidmatan itu dari anasir anasir negatif bagi memastikan “keselamatan moral dan psikologi” untuk pengguna.

“Teknologi barat seperti air berlumpur dan tidak bersih. Air adalah darah kehidupan, tetapi apabila ia menjadi keruh dan tidak bersih ia perlu disucikan,” ujar ulama konservatif itu kepada Tehran Times baru baru ini.

Walaupun begitu, ulama ini sebenarnya bukanlah anti teknologi apabila beliau sendiri mempunyai laman web di mana para pengikut boleh bertanyakan soal agama dan perkara lain. Sebelum ini pun beliau pernah menyentuh beberapa isu moral lain seperti iklan makanan haiwan peliharaan yang dianggap sebagai terlampau memuja haiwan yang akan mengundang perkara negatif.

Baru baru ini juga, Presiden Iran Hassan Rouhani berkempen dengan janji akan memberikan akses internet yang lebih baik kepada rakyatnya dan berkata mereka tidak wajar menutup pintu ke dunia luar terhadap generasi muda.

“Kalau kita tidak maju ke arah generasi mudah alih yang baru hari ini, paksa kami dan kita akan lakukan esok. Jika tidak, lusa,” tegasnya.

Sumber: Business Insider

No comments:

Post a Comment