Adalah Nabi kita Muhammad SAW itu tidak memilih sangat makanan asalkan yg halal, makanan yang baginda minati adalah Dlafaf iaitu makanan asasi di negerinya seperti nasi di negara kita.
Dan Nabi tidak makan makanan yg PANAS. beliau bersabda : "makanan yg masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."
Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka dan buah anggur. Biasanya Nabi makan buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang2 Nabi SAW makan semangka (Tembikai) dengan Ruthab (Tamar).
Dan makanan yg paling Nabi gemari adalah daging, dan beliau bersabda yang bermaksud, "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya". Kadang2 Nabi SAW makan roti berkuah dgn daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yg duka".
Berikut adalah makanan-makanan kegemaran baginda :-
1) Minyak Zaitun – Untuk Kulit, Radang Perut, Rambut, Lambat tua
2) Air Kosong – Minuman Terbaik (Cara minum dengan perlahan, jangan di teguk)
3) Cuka – Untuk mencuci Perut dan Buah Pinggang
4) Madu – Adalah segala ubat
5) Susu – Buang panas badan, perbaiki mata, ingatan dan untuk menguatkan belakang.
6) Anggur – Untuk cuci darah, buah pinggang dan bersih perut.
7) Barli – Untuk demam
8) Buah Tin – Ubat buasir
9) Delima – Untuk bersih tubuh daripada syaitan, bisikan syaitan
10) Kurma – Makanan yang banyak zat (Setiap rumah mesti ada)
11) Tembikai – Untuk wanita mengandung dan untuk melahirkan anak yang sihat/ sempurna
12) Cendawan – Untuk mata dan untuk merancang keluarga
No comments:
Post a Comment