Thursday, 28 August 2014

Siti Saleha Kurang Selesa : Kena Kacau?!




Pelakon cantik manis Siti Saleha bau-baru ini menjelaskan bahawa beliau tidak selesa akan 'sesuatu'.
(kena kacau ke?, banyak ye je Brader Sado kat luar tu sanggup jadi bodyguard)

Memenangi dua kategori di ABP 2013, iaitu Pelakon Filem Wanita dan Pelakon TV Wanita Popular mengukuhkan lagi kedudukan Siti Saleha dalam industri tanahair. Pelakon cantik ini boleh dikatakan memilih watak yang diberi kerana dia tidak selesa akan beberapa watak tertentu. Ini supaya dia tidak nampak sterotaip dalam membawakan sesuatu watak.



Pada Ramadan yang lalu, sebuah drama terbitan Sheila Rusly telah menaikkan lagi nama Saleha. Rata-rata peminat setianya berpuas hati dan memuji dengan lakonan Saleha. Berbeza pula dengan Saleha.

"Watak tersebut sangat berat pada saya. Awalnya saya tolak tawaran dari Sheila. Tetapi dia push saya juga. Bila fikir balik, saya setuju juga. Itu watak pertama yang pernah saya dapat yang memerlukan saya jadi seorang ibu kepada seorang anak berusia 8 tahun. Saya tak kisah kalau anak itu masih bayi. Bukan kata saya tidak boleh membawa watak tersebut tetapi saya tidak berapa selesa. Tapi alhamdulillah drama tersebut diterima ramai".

Pertama kali berlakon bersama Shaheizy Sam dalam filem Mamak Cupcake Saleha gembira dapat berlakon dengan Sam."Sam seorang yang bijak. Dia boleh berlakon watak apa sahaja yang diberi. Dia tidak bergantung kepada sesuatu watak sahaja. Saya gembira dapat bekerjasama dengannya dan pelakon yang lain dalam filem ini".

Dalam perkembangan lain Saleha akan berlakon sebuah filem berjudul Cinta Paling Agung kerjasama dengan produksi Indonesia. Selain dari Saleha turut sama pelakon Aaron Aziz dan Mia Sara.

p/s : suka tengok Siti Saleha dalam Manis, memang MANIS pun!

No comments:

Post a Comment