Friday, 29 August 2014

9 Foto Jambang Paling Stylo

Fesyen jambang semakin menjadi trend di dunia, Jikalau di Malaysia trendsetter bagi jambang ini ialah Wak Doyok tetapi di Amerika Syarikat menjadi milik Isaiah Webb. 
Isaiah Webb kini menjadi popular hanya kerana janggutnya yang pelik tetapi menakjubkan. Setiap Isnin, Webb akan menayangkan foto janggutnya yang diolah menjadi bentuk luar biasa.
“Isteri saya amat meminati fesyen, dan dia menyukai janggut,” katanya kepada Huffington Post.
Antara foto yang ditayangkan Webb yang paling mendapat perhatian adalah janggutnya yang berbentuk mangkuk.







Dengan cita rasa hebat isteri Webb dalam fesyen, ia menjadikan minat luar biasa suaminya berbaloi sehingga mereka berdua terpilih menjadi satu karektor dalam buku terbaru Ripley's Believe It Or Not!, ‘Reality Shock!’ yang akan diterbitkan pada 9 September depan. Webb mula berjanggut ketika dia berusia 11 tahun.
Empat tahun lalu, janggutnya itu sudah cukup panjang untuk dijadikan pelbagai bentuk. 
“Kami tidak sangka ia akan menarik perhatian orang ramai. “Ia amat menyeronokkan dan kami mengambil keputusan membentuknya sekerap mungkin,” kata Webb.Tetapi akhirnya mereka kehabisan idea untuk mencipta rekaan baru dan mula meminta pendapat peminat.
Webb mula menceburkan diri dalam perniagaan penjagaan rambut. Dia bakal mengeluarkan sikat khas yang diciptanya untuk mereka yang berjanggut panjang.“Ia mempunyai berus tertentu yang boleh menguraikan janggut yang bergulung. Anda boleh menyikat janggut anda walaupun ia basah,” katanya.
Menurutnya juga, ini bukan satu-satunya impiannya.Webb berkata, dia sangat mahu membawa pendedahan meluas terhadap pertandingan janggut di Amerika Syarikat. 
Sumber : Agensi

No comments:

Post a Comment