Anda mungkin sedia maklum akan kejadian-kejadian mistik di sesuatu tempat yang popular di Malaysia. Berikut adalah senarai 7 tempat paling ANGKER di Malaysia:-
1) Highland Tower, Selangor
Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang terkorban dan terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang. Hanya segelintir mayat sahaja yang dijumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
2) Banglo Mona Fandey, Selangor
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Dia dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan negara.
3) Lebuhraya Karak, Pahang
Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih-lebih lagi apabila di kawasan terowong ini. Lebuhraya ini seringkali menjadi tempat kemalangan maut.
4) Amber Court Apartment, Pahang
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
5) Kemayan City, Johor
Kemayan City Mall adalah Shopping complex yang terbengkalai sejak sekian lama, terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tempat ini dipercayai menjadi tempat tinggal pelbagai jenis makhluk halus.
6) Villa Nabila, Johor
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru digemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak itu, banyak kejadian mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
7) Penjara Pudu, Kuala Lumpur
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
p/s : Penulis biasa lalu karak, lepas maghrib tu memang seriau je rasa errr...
No comments:
Post a Comment