Rasanya kepada sesiapa pemilik Proton Persona tidak kiralah version apa pun, elegance atau super value, mengalami masalah yang agak menjengkelkan ini. Bunyi gegar atau rattling pada dashboard, kalau buka aircond makin kuat bunyinya. Ia dipercayai berpunca daripada pelapik di atas ventilation aircond.
Pelapik tersebut pada model Gen 2 terdapat kemudahan jam, tetapi pada model Persona hanya kosong sahaja. Di bawah pelapik ini terdapat 4 klip besi yang memegang pada dashboard. Dari hasil pemerhatian aku selama beberapa ketika, aku membuat keputusan punca bunyi rattling terutama apabila enjin kereta melalui pada kadar 2000rpm - 2200rpm adalah berpunca dari pelapik tersebut.
Langkah pertama adalah untuk membuka pelapik tersebut. Anda perlu :-
Umpil ke atas dengan sedikit paksaan menggunakan kuku anda pada bulatan kuning di atas. Peringatan! Hati-hati... Jangan sampai klip jatuh dalam dashboard. Susah mahu cari nanti...
Kemudian, anda perlu cabut klip tersebut dan simpan. Selepas itu, anda perlu :-
Masukkan 2 biji span basuh pinggan yang masih baru dan disumbatkan secara paksa dicelah ruang kosong seperti gambar di atas. Di dalam ruangan tersebut terdapat kepingan plastik nipis yang boleh bersentuhan dengan ventilation aircond. Kemudian, gunakan sedikit double tape dan letakkan dengan kemas seperti gambar di atas.
Akhir sekali anda letakkan semula pelapik tersebut tanpa menggunakan klip besi tadi. Bunyi rattling akan hilang!... Walaupun agak longgar tetapi bunyi rattling tiada.
Selamat mencuba ye!
No comments:
Post a Comment